Wednesday, 20 July 2016

7 Kesilapan Sering Kita Lakukan ketika Mencuci Muka


Assalamualaikum ,semua orang tau Mencuci atau membasuh muka memang rutin harian kita. Tapi Sehari berapa kali kita membersihkannya ? mesti kita tak pernah terpikir setiap kali cucian itu kita mengunakan cara yang salah. Haa kesannya kulit muka akan bermasalah.
Basuh atau mencuci muka juga perlu ada cara yang betul supaya kulit muka kita terjaga dan sentiasa sihat dan segar.





Adakah cara-cara yang salah  kat bawah ini sering kita lakukan ?

1) Pencuci Muka
Membeli pencuci muka yang tidak sesuai dengan jenis kulit kita.seperti mana kita ketahui, pencuci muka pelbagai jenis dan kulit kita juga berbeza-beza penerimaan. jadi cuba dahulu dengan kadar sedikit , pencuci kita beli itu sesuai atau tidak? beli dulu yang kecik.

2) Suhu Air
Haa ramai yang tidak tahu, suhu air juga memainkan peranan utama semasa mencuci muka. Ada yang menyatakan air panas akan membuka pori-pori kita, manakala air sejuk pula menutup pori-pori kita. jadi air suhu macam mana yang bagus ? guna kan air suam.

3)  Cara membilas
Cara tersalah bilas juga boleh merosakkan pori-pori muka kita. jangan membilas muka secara ala kadar, jika kita menggunakan sabun atau pencuci, amalan cuci ala kadar ini akan meninggalkan sisa-sisa pencuci itu pada muka .Amalan ini akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan kulit muka mudah jadi kering.

4) Kekerapan Mencuci
Berapa kali kita mencuci dalam sehari ? Jika terlampau banyak kali mencuci juga boleh menyebabkan kulit akan berminyak. jadi untuk elakan hal ini , kita boleh cuci mengunakan air suam. biasa sehari 5 kali sehari la kan kita cuci iaitu untuk ambil wuduk. air wuduk ini amat membantu menaikakn seri wajah kita.. jangan tinggalkan.

5) Pengeringan
Cara mengeringkan muka selepas di cuci juga perlu di titik beratkan. ramai yang hanya mengosok muka dengna kuat untuk mengelap air dimuka. sebenarnya cara itu salah. apa yang perlu kita lakukan ialah menepuk-nepuk lembut ke wajah untuk keringkan.

6) Mengelupas
Apa yang kita lakukan jika kulit muka kita mengelupas? bagai mana kita nak mencucinya?. mengelupas ini sebenarnya penglupusan sel-sel mati. gunakan scrub yang lembut untuk mencuci muka yang mengelupas, 2 kali seminggu.

7) Bahan Alergik
Mengunakan bahan-bahan yang akan memberi tindak balas yang negetif pada muka kita. sebelum beli erhatikan dahulu isi kandungan di botol . kebiasaanya barang-barang kosmetik yang tidak sesuai boleh merosakkan wajah.

9 Sebab Utama Muka Jadi Berminyak





Tak semua dari kita ada jenis muka yang normal. Biasanya muka kita terbahagi kepada 3 jenis:



Normal
Berminyak
Kering


Muka berminyak sangat mudah kumpul kotoran di muka. Bila pori kita tersumbat dengan kotoran, ia boleh menyebabkantimbulnya jerawat.


Tapi sebenarnya muka berminyak ni ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Ia bukan semuanya terjadi sendiri. Semakin hari, makin ramai yang alami muka berminyak.


Ya. Nampak pelik, tapi muka berminyak ni boleh dielak sebenarnya. Asasnya, kita kena tahu sebab-sebab muka kita jadi berminyak.






9 Sebab Utama muka jadi Berminyak yang Merimaskan


Sebab 1: Genetik


Yang ni tak boleh nak elak. Jika kita adaketurunan yang berkulit berminyak, mungkin kita sendiri mempunyai jenis yang berminyak juga.


Keturunan ni ada kelenjar sebaceous yang lebih besar dari orang lain yang hasilkan lebih minyak pada muka.





Sebab 2 : Penggunaan produk kecantikan kulit yang berlebihan.

Ada juga jenis orang yang obses nak cantik dan kulit lebih gebu rasa desperate nak guna produk kecantikan kulit secara berlebihan.


Orang lain cuci 2-3 kali sahaja sehari, dia cuci sampai 8 kali.


Orang lain skrub muka hanya 2-3 kali seminggu, tapi dia skrub muka sampai 2 kali sehari.


Bila muka kita di treat berlebihan macam tu, kulit muka yang normal juga boleh bertukar menjadi berminyak dan mungkin boleh rosak.





Sebab 3: Keadaan cuaca

Cuaca yang tidak menentu bolehmempengaruhi keadaan kulit muka. Keadaan panas dan lembap boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit.


Udara kering yang menyebabkan kulit kering juga menyebabkan kulit muka hasilkan minyak kerana seimbangkan keadaan kulit yang kering.




Sebab 4: Ubat- ubatan

Pil perancang dan pil hormon yang tertentu boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit.

Sama juga dengan ubat-ubatan yang boleh  menyebabkan badan terhidrasi, kulit secara automatik akan hasilkan minyak berlebihanakibat kehilangan cecair badan.




Sebab 5 : Guna produk yang salah.

Jika kita tersalah pilih produk, contohnya guna produk untuk muka berminyak padahal muka kita jenis normal, kulit kita mungkin boleh jadi berminyak.

Ini kerana, produk untuk kulit berminyak akan menyebabkan kulit kering, terkurang minyak dan kelenjar minyak akan keluarkan minyak lebih dari biasa.




Sebab 6 : Perubahan Hormon

Peningkatan mendadak hormon androgen(ketika hamil, pra-menopause) boleh menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang terlebih.

Patutlah kulit muka saya akan naik jerawat bila mengandung sahaja. Adakah anda juga begitu? kita sama!




Sebab 7: Tekanan / Stress

Disebabkan kita stress, badan kita akan hasilkan lebih hormon androgen, ia menyebabkan kulit hasilkan lebih minyak dari biasa.




Sebab 8 : Alat pembersih kulit


Ada alat pembersih seperti kain pembersih, berus pembersih kulit boleh keringkan kulit. Bila kulit kering, minyak akan terhasil secara lebih untuk menyeimbangkan keadaan.




Sebab 9 : Jemur bawah panas matahari

Kulit akan kering bila dijemur di bawah panas matahari. Ini menyebabkan kulit akan mengeluarkan lebih minyak untuk seimbangkan keadaan ini.