Tak semua dari kita ada jenis muka yang normal. Biasanya muka kita terbahagi kepada 3 jenis:
Normal
Berminyak
Kering
Muka berminyak sangat mudah kumpul kotoran di muka. Bila pori kita tersumbat dengan kotoran, ia boleh menyebabkantimbulnya jerawat.
Tapi sebenarnya muka berminyak ni ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Ia bukan semuanya terjadi sendiri. Semakin hari, makin ramai yang alami muka berminyak.
Ya. Nampak pelik, tapi muka berminyak ni boleh dielak sebenarnya. Asasnya, kita kena tahu sebab-sebab muka kita jadi berminyak.
9 Sebab Utama muka jadi Berminyak yang Merimaskan
Sebab 1: Genetik
Yang ni tak boleh nak elak. Jika kita adaketurunan yang berkulit berminyak, mungkin kita sendiri mempunyai jenis yang berminyak juga.
Keturunan ni ada kelenjar sebaceous yang lebih besar dari orang lain yang hasilkan lebih minyak pada muka.
Sebab 2 : Penggunaan produk kecantikan kulit yang berlebihan.
Ada juga jenis orang yang obses nak cantik dan kulit lebih gebu rasa desperate nak guna produk kecantikan kulit secara berlebihan.
Orang lain cuci 2-3 kali sahaja sehari, dia cuci sampai 8 kali.
Orang lain skrub muka hanya 2-3 kali seminggu, tapi dia skrub muka sampai 2 kali sehari.
Bila muka kita di treat berlebihan macam tu, kulit muka yang normal juga boleh bertukar menjadi berminyak dan mungkin boleh rosak.
Sebab 3: Keadaan cuaca
Cuaca yang tidak menentu bolehmempengaruhi keadaan kulit muka. Keadaan panas dan lembap boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit.
Udara kering yang menyebabkan kulit kering juga menyebabkan kulit muka hasilkan minyak kerana seimbangkan keadaan kulit yang kering.
Sebab 4: Ubat- ubatan
Pil perancang dan pil hormon yang tertentu boleh tingkatkan pengeluaran minyak pada kulit.
Sama juga dengan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan badan terhidrasi, kulit secara automatik akan hasilkan minyak berlebihanakibat kehilangan cecair badan.
Sebab 5 : Guna produk yang salah.
Jika kita tersalah pilih produk, contohnya guna produk untuk muka berminyak padahal muka kita jenis normal, kulit kita mungkin boleh jadi berminyak.
Ini kerana, produk untuk kulit berminyak akan menyebabkan kulit kering, terkurang minyak dan kelenjar minyak akan keluarkan minyak lebih dari biasa.
Sebab 6 : Perubahan Hormon
Peningkatan mendadak hormon androgen(ketika hamil, pra-menopause) boleh menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak yang terlebih.
Patutlah kulit muka saya akan naik jerawat bila mengandung sahaja. Adakah anda juga begitu? kita sama!
Sebab 7: Tekanan / Stress
Disebabkan kita stress, badan kita akan hasilkan lebih hormon androgen, ia menyebabkan kulit hasilkan lebih minyak dari biasa.
Sebab 8 : Alat pembersih kulit
Ada alat pembersih seperti kain pembersih, berus pembersih kulit boleh keringkan kulit. Bila kulit kering, minyak akan terhasil secara lebih untuk menyeimbangkan keadaan.
Sebab 9 : Jemur bawah panas matahari
Kulit akan kering bila dijemur di bawah panas matahari. Ini menyebabkan kulit akan mengeluarkan lebih minyak untuk seimbangkan keadaan ini.
No comments:
Post a Comment